Wednesday, April 15, 2009

VISI SAYA

PENDIDIKAN
  • Mewujudkan Program Tuisyen Bersepadu untuk anak-anak melalui kerjasama sekolah & IPTA / IPTS.
  • Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendidikan tinggi kepada semua lapisan masyarakat selaras dengan Program Modal Insan.
EKONOMI
  • Mengenalpasti kumpulan sasar & mencegah kemiskinan tegar melalui program anjuran kerajaan.
  • Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan melalui Program Galakan Pelaburan bagi menarik lebih ramai pelabur melabur di DUN Serkam.
  • Jawatankuasa Bertindak Halal Hub Serkam bagi membangunkan IKS, mengkormesilkan produk Serkam & penjenamaan Serkam sebagai Pusat Halal Hub.
  • Mempromosi & mempertingkatkan status Serkam sebagai ikon pelancongan makanan.
AGAMA DAN SOSIAL

  • Menjadikan Masjid & Surau sebagai pusat aktiviti masyarakat & membina modal insan & sahsiah diri.
  • Menerapkan Islam sebagai Ad-Din & memupuk nilai-nilai murni dikalangan remaja khasnya bagi membasmi masalah sosial.
  • Menaik taraf kemudahan rekreasi & riadah agar golongan remaja dapat memanfaatkan fasiliti yang ada justeru menghindarkan diri dari gejala sosial.

INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN ASAS

  • Memastikan program pembangunan yang telah dirancang berjalan lancar dan siap pada tarikh yang ditetapkan.
  • Memastikan semua penduduk mendapat hak untuk menikmati kemudahan asas, bekalan air bersih, elektrik, komunikasi & pengangkutan.
  • Menaik taraf infrastruktur awam bagi memenuhi keperluan semasa.
  • Memastikan & mengawal selia infrastruktur awam supaya diselenggara dengan baik & memanfaatkan semua lapisan masyarakat.
PERKHIDMATAN WAKIL RAKYAT

  • Jaminan perkhidmatan yang cekap, telus & berkesan terhadap pembangunan infrastruktur.
  • Menyelesaikan aduan & masalah masyarakat dengan lebih berkesan di kawasan DUN Serkam.